CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL

Ramai dikalangan kita tidak tahu bagaimana untuk mencuci muka dengan betul. Dengan langkah cucian muka yang salah, kita mungkin akan merosakkan struktur lapisan kulit dan mengganggu kadar kesihatan kulit. Tak mengapa, disini Rini akan kongsikan sedikit ilmu yang Rinie tahu dalam mencuci muka dengan cara yang betul♥

Sebelum itu, pastikan anda menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda semua :) Rinie akan menggunakan pencuci muka Mary Kay Botanical Effects Formula 2 Cleanser

bestnya pencuci muka ni adalah Ianya dah hilangkan blackhead dan white head atas hidung Rinie!

baiklah kita teruskan dengan cara mencuci muka tadi

Pertama:
Ikat rambut (bagi yang berambut panjang) sebelum mencuci muka, yelah takde lah nanti duk syok cuci muka tetiba rambut awak sama naik nak sental sekali hehehhee

Kedua:
Cuci tangan sebelum menyentuh muka. (ini adalah penting) kenapa? haa sebabnya tangan kita ni dah sentuh macam-macam dah sebelum kita nak cuci muka kan.. so apa salahnya kita cuci tangan terlebih dahulu sebelum buat apa-apa, bukan nak makan je kena cuci tangan, sebelum sentuh muka kita pun WAJIB cuci tangan tau supaya kuman-kuman yang melekat pada jari kita ni tak berkampung kat kulit muka pulak.

Ketiga:
Tanggalkan make-up jika kita menggunakan make-up sebelum ni, kalau Rinie , Rinie akan menggunakan Mary Kay Oil-Free Make-Up Remover macam dalam gambar ni 

yang best nya dalam makeup remover ni ada silicon, so ianya buka sahaja menanggalkan makeup dan debu-debu kotoran di muka, malah menganjalkan kulit muka jugak uolssss.. suka ke tidakkk.. hehehe 

Keempat:
Basahkan muka, just percikkan air jer kat muka untuk menggalakkan pori kulit kita terbuka untuk dibersihkan.... gituu

Kelima:
Menggunakan Pencuci Muka
Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan kita. Letakkan sedikit air dan gosokkan di telapak tangan hingga berbusa, dan usapkan secara lembut dengan 3 jari-jari terakhir ke seluruh muka, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Gosok dengan lembut wajah kita dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Perlu diingat, jangan terus membilas muka, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit). Tetapi Rinie lebih suka menggunakan Mary Kay Skinvigorate Facial Brush ni untuk mencuci muka lebih dalam dan bersih dan yang paling penting menjimatkan masa uolsss


Keenam:
Bilas dengan air bersih dan tekapkan muka pada kain/tuala bersih (YANG PASTINYA BUKAN TUALA MANDI YANG UOLS GUNA UNTUK LAP BADAN TAUU.. GUNAKAN YANG BERSIH OK BERSIH)

Ketujuh:
Adalah sangat disarankan menggunakan toner selepas mencuci muka. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan cleanser. Toner juga berfungsi mengecilkan pori-pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Sapukan Toner secukupnya ke muka dengan kapas yang bersih.

Kelapan:
Menggunakan moisturizer. Kenapa? Kerana kulit kita memerlukan kelembapan yang secukupnya untuk balancekan minyak di muka. Pastikan uols semua menggunakan moisturizer yang sesuai dengan kulit uols ya ;)


sekian sahaja perkongsian Rinie pada hari ini, harap rinie dapat membantu dan memberi pengetahuan baru untuk awak semuaaa...nantikan tips-tips dan sharing tentang Mary Kay untuk next post ya :)

NAK TAHU LEBIH LAGI TENTANG MARY KAY? NAK FREE CONSULTATION MARY KAY?
CONTACT:
RINIE +6017-3042301
Mary Kay Independent Beauty Consultant


Comments

Popular posts from this blog